Friday 16 July 2010

Sekitar Bazaar Kelab & Persatuan





Bangi - Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Bazaar Kelab dan Persatuan bertempat di UPTEN pada 13-14 Julai 2010. Pasukan KKM10 mengambil peluang ini untuk memberi peluang keemasan kepada mahasiswa-mahasiswi UNITEN untuk mengilap bakat kepimpinan yang ada dan mendapatkan pengalaman baru. Bersyukur kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Semoga, semakin ramai munculnya pemimpin-pemimpin mahasiswa yang hebat untuk menyuarakan SUARA KERAMAT MAHASISWA UNITEN.

Sunday 4 July 2010

KEM KEPIMPINAN MAHASISWA 2010


Kem Kepimpinan Mahasiswa yang setiap tahun diadakan merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN. Program yang melibatkan kedua-dua kampus UNITEN merupakan wadah terbaik dalam menyatupadukan kepimpinan di UNITEN. Mempunyai Misi dan Visi tersendiri, MPP UNITEN menerapkan kelainan dalam KKM'10 dengan menjemput motivator terkenal iaitu Tn Hj Fadzli Yusof dalam memastikan pemimpin yang bakal dilahirkan mempunyai pakej yang lengkap untuk menerajui kepimpinan kampus.

Peserta yang terdiri daripada bakal-bakal kepimpinan MPP, kelab dan persatuan, individu-individu yang berminat dalam meningkatkan kepimpinan dan softskill bakal menjanjikan 'persaingan' sengit bagi mereka dalam menonjolkan diri menjadi yang terhebat dikalangan yang terhebat. Jangan lengahkan masa, AYUH BANGKIT MAHASISWA!!!

"BEYOND FACE VALUE"

Untuk pendaftaran : Nurli - 0177774654 (Kampus Putrajaya)
Faezah - 0139590979 (Kampus Muadzam)

Etika Pemakaian


Sila bawa segala keperluan anda seperti ubat-ubatan dan alatan mandi. [click picture]