Sunday 4 July 2010

KEM KEPIMPINAN MAHASISWA 2010


Kem Kepimpinan Mahasiswa yang setiap tahun diadakan merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN. Program yang melibatkan kedua-dua kampus UNITEN merupakan wadah terbaik dalam menyatupadukan kepimpinan di UNITEN. Mempunyai Misi dan Visi tersendiri, MPP UNITEN menerapkan kelainan dalam KKM'10 dengan menjemput motivator terkenal iaitu Tn Hj Fadzli Yusof dalam memastikan pemimpin yang bakal dilahirkan mempunyai pakej yang lengkap untuk menerajui kepimpinan kampus.

Peserta yang terdiri daripada bakal-bakal kepimpinan MPP, kelab dan persatuan, individu-individu yang berminat dalam meningkatkan kepimpinan dan softskill bakal menjanjikan 'persaingan' sengit bagi mereka dalam menonjolkan diri menjadi yang terhebat dikalangan yang terhebat. Jangan lengahkan masa, AYUH BANGKIT MAHASISWA!!!

"BEYOND FACE VALUE"

Untuk pendaftaran : Nurli - 0177774654 (Kampus Putrajaya)
Faezah - 0139590979 (Kampus Muadzam)

3 comments:

  1. ssape pown ley join kew ni ?

    -student m'zam :) -

    ReplyDelete
  2. salam..
    haah...untuk muadzam, try contact farah tentang pemilihan peserta..

    thanx..

    ReplyDelete